BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

MasyaAllah..;)

MasyaAllah..;)

Thursday, October 21, 2010

Tanda - Tanda Kiamat


Ya Allah, kebanyakan tanda - tanda sudah pun terjadi ^^
x insaf lagi ke? ;)

Rahsia Diri Di Sebalik.. Kentut ;p

ORANG YG TIDAK JUJUR
org yg kalau kentut menyalahkan org lain

ORANG BANGANG
org yg menahan kentutnya sampai berjam-jam

ORANG BERWAWASAN LUAS
org yg tahu bila harus kentut

ORANG SENGSARA
org yg nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG MISTERIOUS
org yg kalau kentut, tak ada org lain yg tahu

ORANG GUGUP
org yg tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
org selalu mengira kalau kentutnya berbau harum

ORANG PEMALU
org yg kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri

ORANG YG STRATEGIK
org yg menyembunyikan kentutnya dgn ketawa terbahak-bahak biar org lain x dengar

ORANG BODOH
org yg kalau habis kentut menghirup nafas utk menggantikan kentutnya yg keluar

ORANG PELIK
org kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit

ORANG RAMAH
org yg senang mencium kentut org lain

ORANG YG TIDAK SENANG BERGAUL
org yg kalau kentut bersembunyi

 ORANG JUJUR
org yg mengaku habis kentut

ORANG MALANG
org yg kalau kentut terkeluar tahi....




 apa yg terkandung di atas adalah gurauan semata-mata. Tiada kaitan dengan mereka yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.. hehe^^

L.U.V.E



Singa yang buas dan liar pun ingat kat orang yang jaga dia time kecil.. Subhanallah

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita..^^


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada
4) Lelaki yang baik sangka
5) Lelaki yang tak pernah putus asa
6) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada anggota badannya, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Tuesday, October 19, 2010

Berjenaka? Tak Salah..

Pada suatu hari seorang perempuan tua datang berjumpa Rasulullah saw lalu bertanya, 
" Wahai Rasulullah,adakah perempuan tua macam saya ini boleh masuk Syurga?"
Sambil tersenyum Rasulullah saw menjawab,
" Perempuan tua macam puan ini tidak akan masuk Syurga."
Mendengar jawapan itu Perempuan tua itu merasa amat sedih lalu menangis. 
Rasulullah saw memujuknya;
"Maksud saya begini, dalam Syurga itu semua penghuninya muda-muda belaka 
tidak ada yang tua dan tidak akan pernah jadi tua. 
Bila puan masuk Syurga rupa puan macam bidadari."


Terhibur hati Perempuan tua itu dengan jenaka Rasulullah. 

Hehe lihatlah.. Rasulullah pun pandai berjenaka :)
kita pon boleh berjenaka..
tapi ada batasnya^^

Tuesday, October 12, 2010

How Allah Love Us.. Women

Lelaki
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
> Manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
> Manakala perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. 
 Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
> Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
> suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj :
> Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.